TUGASAN 1

Cadangan saya :
1. Pilih mana-mana satu tema dalam buku teks T4 atau T5.
2. Sediakan satu draf ucapan yang ringkas pada kadar 5 hingga 8 minit.
3. Hafal isi ucapan setiap hari.
4. Contoh : Tema 1 Tingkatan 5 iaitu Rumah Terbuka Rakyat Malaysia.
5. Fokus kamu : Rumah Terbuka Sempena Tahun Baru Cina.
6. Isi yang dicadangkan :
– maksud rumah terbuka ( Soalan apa )
– kenapa diwujudkan rumah terbuka ( soalan mengapa )
– Siapa yang terlibat : Tuan rumah dan tetamu ( Soalan siapa )
– Persiapan sebelum, semasa dan selepas rumah terbuka ( Bagaimana )
– harapan : Semoga Rumah Terbuka Pelbagai Kaum Memantapkan Perpaduan.
7. Susun format ucapan seperti yang disyaratkan dalam penulisan karangan.
8. Berlatih berucap secara ansur maju iaitu bermula daripada pengenalan, isi dan
kesimpulan.
9. Sediakan teks lengkap sebagai bahan dokumentasi untuk diserahkan kepada guru anda.
10. Pastikan anda berucap menggunakan ayat yang gramatis diselang selikan dengan
peribahasa atau ungkapan menarik.

TUGASAN 2

1.Pilih dua tajuk sahaja daripada (A) atau (B) di bawah.
2.Masa membentang 4 hingga 5 minit.
3.Boleh gunakan bahan sokongan seperti guntingan akhbar,gambar,poster atau apa-apa bahan yang membantu….

(A)TAJUK TOPIK SEMASA

1.Pelajar Cemerlang.Ciri dan bagaimana merealisasikannya.

2.Semangat Gotong Royong kini kian luntur.mengapa?langkah-langkah untuk mengatasinya.

3.Pelancongan di malaysia menjadi satu industri yang menguntungkan.langkah meningkatkan lagi bidang pelancongan kita.

4.Modal Insan Yang Berkualiti.Bagaimana mencapainya.

5.Buli dan salah laku pelajar.Punca dan cara mengatasinya
.
6.Kempen belilah barang-barang tempatan perlu diperhebatkan lagi.

7.Kempen TAK-NAK(anti merokok)kurang berjaya.Cadangkan langkah menjayakan kempen.

8.Buruk baik begitu banyak saluran televisyen di negara kita.

9.Permainan tradisional kaum-kaum di malaysia perlu dipertahankan dan dimajukan.

10.”Cintai Sungai Kita”.Apakah peranan anda sebagai rakyat yang mencintai kebersihan Alam Sekitar.

11.Pentingnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.

12.Bahaya makanan ringan (junk food) untuk kanak -kanak dan langkah mencegahnya.

13.Membentuk keluarga sakinah.konsep /cara mencapainya.

14.Menabung wang patut bermula di peringkat kanak-kanaklagi.Bincangkan pendapat ini.

15.Satu jenis kuih/masakan Melayu tradisional.Khasiat dan cara menyediakannya.

16.Obesiti.Bahayanya /langkah mengatasinya.

17.Sebuah negara /banda raya(di luar ASEAN)yang ingin saya lawati.Apakah keistimewaannya.

18.Ke arah menjadikan sekolah kita sebagai institusi pendidikan yang cemerlang dan gemilang.

19.Cita-cita saya menjadi seorang………….(buat pilihan sendiri).Bagaimana saya mengejar cita-cita ini unutk menjadi kenyataan?

20.Merawat Penyakit Hati untuk menjadi insan cemerlang dan boleh dicontohi.

21.Punca/cara mengatasi kemalangan jalan raya.

22.Pentingnya ICT bagi generasi bagi kita….

(B)TAJUK TOPIK KOMSAS

1.Ulasan sebuah novel menarik yang telah saya baca.

2.deklamasi sebuah puisi.Jelaskan tema dan maksud puisi tersebut.

3.Ulasan sebuah drama tv/filem menarik yang telah saya saksikan.

4.Bacaan puisi tradisional pantun(3rangkap).Mengapa puisi ini patut dipertahankan.

5.Syair.Cara menyampaikannya(2 rangkap).Mengapa syair wajar dipertahankan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s