KESALAHAN EJAAN

 

Salah

Betul

antara bangsa

antarabangsa

beri tahu

beritahu

bumi putera

bumiputera

jawatan kuasa

jawatankuasa

kaki tangan

kakitangan

kerja sama

kerjasama

mata hari

Matahari

olah raga

olahraga

pesuruh jaya

pesuruhjaya

setia usaha

setiausaha

suka rela

sukarela

suruhan jaya

suruhanjaya

tanda tangan

tandatangan

tanggung jawab

tanggungjawab

warga negara

warganegara

 

Salah

Betul

kekanda

kakanda

pengkalan

pangkalan

pesaka

pusaka

selsema

selesema

istihar

isytihar

istirihat

istirahat

hajjah

hajah

catit

catat

jamaah

jemaah

 

Salah

Betul

disitu

di situ

diatas meja

di atas meja

diKota Bharu

di Kota Bharu

kesitu

ke situ

kehadapan rumah

ke hadapan rumah

kePulau Pinang

ke Pulau Pinang

 

Salah

Betul

di tulis

ditulis

di asuh

diasuh

di bungkus

dibungkus

ke tua

ketua

ke dua

kedua

ke kasih

kekasih

 

Salah

Betul

Hj

Hj.

Prof

Prof.

dll

dll.

dsb

dsb.

 

Salah

Betul

meja meja

meja-meja

berkata kata

berkata-kata

bantah membantah

bantah-membantah

gunung ganang

gunung-ganang

ipar duai

ipar-duai

batu batan

batu-batan

saudara mara

saudara-mara

 

Salah

Betul

ke 21 atau ke21

ke-21

ke 102 atau ke102

ke-102

 

Salah

Betul

tahun 90 an atau 90an atau 90han

tahun 90-an

tahun 20 an atau 20an atau 20han

tahun 20-an

 

Salah

Betul

hambaMu atau hamba mu

hamba-Mu

rahmatNya atau rahmat Nya

rahmat-Nya

 

Salah

Betul

pro Barat atau proBarat

pro-Barat

pan Asia atau panAsia

pan-Asia

KDN nya atau KDNnya

KDN-nya

 

Salah

Betul

Amboi! Mahalnya harga baju ini.

Amboi, mahalnya harga baju ini!

Alamak! Saya terlupa membawa pensel.

Alamak, saya terlupa membawa pensel!

Cis! Engkau memang penderhaka!

Cis, engkau memang penderhaka!

Aduhai! Mengapalah malangnya nasibku ini.

Aduhai, mengapalah malangnya nasiblu ini!

Nah! Terimalah balasanku.

Nah, terimalah balasanku!

 

Salah

Betul

Kami sedang membincangkan perkara itu.

Ia sangat rumit.

Kami sedang membincangkan perkata itu, yang sangat rumit.

Ini buku cerita sejarah. Iamengandungi

kisah-kisah yang menarik.

Ini buku cerita sejarah. Buku inimengandungi kisah-kisah yang menarik.

 

Salah

Betul

berbagai kuih

berbagai-bagai kuih

bersama adik

bersama-sama adik

kedua pelajar

kedua-dua pelajar

setengah orang

setengah-setengah orang

pada bila masa

pada bila-bila masa

 

Salah

Betul

mereka-mereka

mereka

umat-umat

umat

rakyat-rakyat

rakyat

 

Salah

Betul

dua buah rumah-rumah

dua buah rumah

semua penonton-penonton

semua penonton

segala pegawai-pegawai

segala pegawai

antara kemudahan-kemudahan

Antara kemudahan

Senarai nama-nama

Senarai nama

Kebanyakan sibuk dengan urusan-urusan

Kebanyakannya sibuk dengan urusan

 

Salah

Betul

guru besar-guru besar

guru-guru besar

kertas kerja-kertas kerja

kertas-kertas kerja

reka bentuk-reka bentuk

reka-reka bentuk

 

Salah

Betul

di pagi hari

pada pagi hari

di abad ke-20

pada abad ke-20

di masa itu

pada masa itu

di ingatan

Pada ingatan

Buku itu ada dengan Ali

Buku itu ada pada Ali

 

Salah

Betul

hingga kepada hari ini

hingga ke hari ini

kepada tempat lain

ke tempat lain

dihempaskan kepada batu

dihempaskan ke batu

 

Salah

Betul

ke pegawai itu

kepada pegawai itu

ke ketua pasukan

kepada ketua pasukan

ke bahaya dadah

kepada bahaya dadah

dilemparkan ke Ali

dilemparkan kepada Ali

diserahkan ke Ketua Pengarang

diserahkan kepada Ketua Pengarang

 

Salah

Betul

Saudara datang daripada mana?

Saudara datang dari mana?

Daripada saat ini, ubahlah sikapmu.

Dari saat ini, ubahlah sikapmu.

 

Salah

Betul

Dari buku itulah banyak diperolehnya banyak ilmu kebudayaan.

Daripada buku itulah banyak diperolehnya banyak ilmu kebudayaan.

Dia lebih kaya dari saya.

Dia lebih kaya daripada saya.

Peti itu dari kayu.

Peti itu daripada kayu.

Kiriman itu dari ayahnya.

Kiriman itu daripada ayahnya.

 

Salah

Betul

pergi sekolah (KI)

pergi ke sekolah

balik kampong (KI)

Balik ke kampung

lupa nama orang itu (KI)

lupa akan nama orang itu

lalu jalan ini (KI)

lalu di jalan ini

benci orang itu (Adj.)

benci kepada orang itu

suka durian (Adj.)

suka akan durian

aku cintanya (Adj.)

aku cinta kepadanya.

takut hantu (Adj.)

takut akan/kepada hantu.

tahu perkara itu (KI)

tahu akan/tentang perkara itu

 

SALAH

BETUL

SALAH

BETUL

auto matif

audien

agreget

arithmetik

agen (wakil)

ampangan

aked

akitek

analisa

atlit

atnik

anggrik

baucer

bistari

bowling

buffet

bumiputra

buroh

calun

cocok (tusuk)

cucuk (sesuai)

catit

cendiawan

cop

dasyhat

dialog

definasi

deligasi

deraf

durhaka

efisyen

ekur

ehsan

engzos

ekslusif

ekspot

ekspress

emel

engkar

fadhilat

fax

faksimili

Febuari

gembeling / gembeleng

automotif

audiens

agregat

aritmetik

ejen (wakil)

empangan

arked

arkitek

analisis

atlet

etnik

anggerik

baucar

bestari

boling

bufet

bumiputera

buruh

calon

cucuk (tusuk)

cocok (sesuai)

catat

cendekiawan

cap (cetak)

dahsyat

dialog

definisi

delegasi

draf

derhaka

efisien

ekor

ihsan

ekzos

eksklusif

eksport

ekspres

e-mel

ingkar

fadilat

faks

faksimile

Februari

gembleng

geraf

geharu

hajjah

hurmat

ide

idap

iktizam

impot

injin

inspekter

insuran

Insyaallah / Insya Allah

istihar

istirehat

isya

justru

jeket

kampong

kapitalisma

katun

kefeteria

komidi

komisyen

kondaktor

konsotium

kontrek

korum

kaptain

karenah (ragam)

kelender

keredhaan

kerinting

kianat

ko-kurikulum

kolestrol

komersil

komplek

kontingen

lagenda

lakun

lapuran

lebel

lencungan

leukimia

graf

gaharu

hajah

hormat

idea

hidap

iltizam

import

enjin

inspektor

insurans

insya- Allah

isytihar

istirahat

isyak

justeru

jaket

kampung

kapitalisme

kartun

kafeteria

komedi

komisen

konduktor

konsortium

kontrak

kuorum

kapten

kerenah

kalendar

keredaan

keriting

khianat

kokurikulum

kolesterol

komersial

kompleks

kontinjen

legenda

lakon

laporan

label

lencongan

leukemia

SALAH

BETUL

SALAH

BETUL

lojik

losyen

letrik

lojistik

maksima

manafaat

masaalah

mee

mekanisma

mencatit

mengenengahkan

megenepikan

mengujudkan

mengwujudkan

mentera

merbahaya

minima

munshi

nasionalisma

odit

oditorium

optima

organisme

otomatik

otomobil

pamir

paspot

patriotisma

pehak

pelancung

pemerosesan

pemilekan

pengembala

pengemblengan

pensil

perabut

perihatin

perlaburan

perlancaran

perletakan

pertunjukkan

pesaraan

pesiaran

plan

profession

prosidur

logik

losen

elektrik

logistik

maksimum

manfaat

masalah

mi

mekanisme

mencatat

mengetengahkan

megetepikan

mewujudkan

mewujudkan

mantera

berbahaya

minimum

munsyi

nasionalisme

audit

auditorium

optimum

organisma

automatik

automobil

pamer

pasport

patriotisme

pihak

pelancong

pemprosesan

pemilikan

penggembala

penggemblengan

pensel

perabot

prihatin

pelaburan

pelancaran

peletakan

pertunjukan

persaraan

persiaran

pelan

profesion

prosedur

protin

pekej

pesonal (kakitangan)

petrolium

platfom

profail

profesyenal

sekala

sekelian

sekim

sessi

setor

siksa

silaturrahim

snooker

stesyen

stokin

sunnah

sabsidi

sanwic

selinder

skima

spesis

stem

talipon

taugeh (sayuran)

trampil

tulin

ugama

usek

warong

vokasyenal

yunit

protein

pakej

personel

petroleum

platform

profil

profesional

skala

sekalian

skim

sesi

stor

seksa

silaturahim

snuker

stesen

stoking

sunah

subsidi

sandwic

silinder

skema

spesies

setem

telefon

tauge

terampil

tulen

agama

usik

warung

vokasional

unit

 

KESALAHAN TATABAHASA

 

Salah

Betul

Ada berbagai barang di kedai itu. – Ada berbagai-bagai barang di kedai itu.- Ada pelbagai barang di kedai itu.
Ali dihadiahkan sebuah buku harian. Ali dihadiahi sebuah buku harian.
Di antara mereka yang hadir. Antara mereka yang hadir.
Tambak Johor terletak antara Johor Bahru dengan Singapura. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.
Banyak perbezaan di antara bilik Ali dengan bilik Kasim. Banyak perbezaan antara bilik Ali dengan bilik Kasim.
Bangunan itu adalah Daya Bumi. Bangunan itu Daya Bumi.
Banyak orang datang. Banyak orang yang datang.
Berbincang masalah. Berbincang tentang masalah itu.
Berdasarkan kepada perkara itu. Berdasarkan perkara itu.
Bergantung kepada. Bergantung pada.
Berhubung itu. Berhubung dengan itu.
Berkait itu. Berkait dengan itu.
Berkaitan itu. Berkaitan dengan itu.
Bersama. Bersama-sama.
Beda. Beza.
Bola itu Ali tendang. Bola itu ditendang (oleh) Ali.
– Bola itu ditendang oleh saya.- Bola itu saya menendang. Bola itu saya tendang.
Buku itu dihadiahi kepada Ahmad. Buku itu dihadiahkan kepada Ahmad.
Buku itu dia hantar ke perpustakaan. Buku itu dihantar ke perpustakaan.
Buku itu dimasukkan dalam laci. Buku itu dimasukkan di dalam laci.
Buku itu disimpan dalam laci. Buku itu disimpan di dalam laci.
Di dalam hal itu. Dalam hal itu.
Di dalam peperiksaan itu. Dalam peperiksaan itu.
Dari Kedah hingga Sabah. Dari Kedah ke Sabah.
Dari masa ke semasa. Dari masa ke masa.
Dari semasa ke masa. Dari semasa ke semasa.
Daripada segi. Dari segi.
Dato’ Sri. Dato’ Seri.
Datuk Sri. Datuk Seri.
Dengan lain perkataan. Dengan perkataan lain.
Dalam bilik itu. Di dalam bilik itu.
Dia belajar dari pengalaman. Dia belajar daripada pengalaman.
Dia datang bila dipanggil. Dia datang apabila dipanggil.
– Dia memandang pada saya.- Dia memandang kepada saya. Dia memandang saya.
Dia berikan anaknya pelajaran. Dia memberi anaknya pelajaran.
Dia berikan saya sebuah buku. Dia memberi saya sebuah buku.
Dia memberi buku kepada saya. Dia memberikan buku kepada saya.
Dia memberi pelajaran kepada anaknya. Dia memberi anaknya pelajaran.
Dia mempelajari daripada pengalamannya. Dia mempelajari perkara itu daripada pengalamannya.
Dia memperisterikan Aminah. Dia memperisteri Aminah.
Dia memperisteri anaknya dengan anak guru besar. Dia memperisterikan anaknya dengan anak guru besar.
Dia menaiki bendera. Dia menaikkan bendera.
Dia menceburkan diri di bidang perniagaan. Dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Dia mengambil apa sahaja. Dia mengambil apa-apa sahaja.
Dia menolehkan pandangannya kepada saya. Dia menolehkan pandangannya pada saya
Dibincangkan di dalam mesyuarat itu. Dibincangkan dalam mesyuarat itu.
Dia merindukan anaknya. Dia merindui anaknya.
Jangan memijak rumput. Jangan pijak rumput.
Jauhilah daripada dadah. Jauhilah dadah.
Berkesanan. Keberkesanan.
Kedua belah pihak. Kedua-dua belah pihak.
Kepimpinan. Kepemimpinan.
Kereta itu melalui di jalan besar. Kereta itu melalui jalan besar.
Letaklah di mana yang sesuai. Letaklah di mana-mana yang sesuai.
Letaknya antara Kuala Lumpur dengan Kajang. Letaknya di antara Kuala Lumpur dengan Kajang.
Maksudnya yang asalnya. Maksudnya yang asal.
Melawat ke Eropah. Melawat Eropah.
Melihat kepada/pada keindahannya. Melihat keindahan.
Membincangkan tentang perkara itu. Membincangkan perkara itu.
Menduduki di tempat kedua. Menduduki tempat kedua.
Beg itu mengandung. Beg itu mengandungi.
Mensiakan tanggungjawab. Mensia-siakan tanggungjawab.
Mengunjungi ke Eropah. Mengunjungi Eropah.
Mereka memberitahukan saya perkara itu. Mereka memberitahu saya perkara itu.
Mereka memberitahu perkara itu kepada saya. Mereka memberitahukan perkara itu kepada saya.
Mereka-mereka. Mereka.
Oleh kerana itu. Oleh sebab itu.
Merujuk kepada surat tuan Merujuk surat tuan
Di masa Pada masa
Pada pendapatan saya Pada pendapat saya
Pada satu hari (bilangan) Pada suatu hari (tak tentu harinya)
Para wartawan-wartawan/ para-para wartawan Para wartawan
Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri.
Pergilah ke mana pun Pergilah kemana-mana pun.
Perkara itu ialah benar Perkara itu adalah benar
Pilihlah mana yang sesuai Pilihlah mana-mana yang sesuai
Ramai orang datang Ramai orang yang datang
– Sebahagian wangnya didermakan- Sebahagian dari wangnya didermakan. Sebahagian daripada wangnya didermakan
Sehubungan itu Sehubungan dengan itu
Selain dari/ daripada itu Selain itu
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya
Semoga rohnya dicucurkan rahmat. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Seperti yang kita telah katakan. Seperti yang telah kita katakan.
Sri. Seri (cahaya)
Setengah orang – Setengah-setengah orang- Sesetengah orang
Surat dari Dewan Bahasa dan Pustaka Surat daripada Dewan Bahasa dan Pustaka
Takutkan hantu. Takut akan hantu.
Tan Seri. Tan Sri.
Tanyalah siapa pun. – Tanyalah sesiapa pun.- Tanyalah siapa-siapa pun.
Tiap orang  / setiap-tiap orang Tiap-tiap orang / setiap orang.
Tiga ayam. Tiga ekor ayam
Yang mana Yang
Melaporkan dari Melaporkan berita dari
Amat pandai Amat pandai sekali
Sangat kukuh sangat kukuh sekali
sungguh gagah sungguh gagah sekali
terbesar sekali – terbesar- besar sekali
paling kuat sekali – paling kuat- kuat sekali

 

salah

betul

daripada luar negara dari luar negara
demi untuk masa hadapan untuk masa hadapan
di musim perayaan pada musim perayaan
kerana sayangkan anaknya kerana sayang akan anaknya
di dalam bidang ekonomi dalam bidang ekonomi
mengenepikan mengetepikan
mempastikan memastikan
mengkagumkan mengagumkan
memperindahkan tempat itu memperindah tempat itu
beliau adalah pemimpin beliau ialah pemimpin
paling indah sekali paling indah / indah sekali
lain-lain usaha yang dilakukan usaha-usaha lain yang dilakukan
banyak rumah-rumah musnah banyak rumah musnah
bilik urusetia ditutup tengahari bilik urus setia ditutup tengah hari
menyambut ulangtahun ke 48 menyambut ulang tahun ke-48
kasih-sayang yang di curahkan kasih sayang yang dicurahkan
kumpulan anti-pengganas kumpulan antipengganas
wakil ibu-bapa yang datang wakil ibu bapa
mereka memasuki ke negara ini mereka memasuki negara ini
yang dibincangkan oleh kami yang kami bincangkan

 

Budak sekolah itu menoleh ke kiri dan kanan (salah)

Budak itu menoleh ke kiri dan ke kanan (betul)

membincangkan akan hal itu (salah)

membincangkan tentang hal itu. (betul)

Berbincang akan hal itu. (salah)

Berbincang tentang hal itu. (betul)

dengan/dalam lain perkataan. (salah)

dengan perkataan lain (betul)

hadirin hadirat sekalin (salah)

hadirin sekalian (betul)

balik kampung (salah)

balik ke kampung (betul) – kata kerja transitif mesti ada kata hubung (ke, pada dll)

mertua (salah)

mentua (betul)

jangan pandang belakang (salah)

jangan pandangan ke belakang (betul)

Saya melaporkan dari Bukit Jalil. (salah)

Saya melaporkan berita dari Bukit Jalil. (betul)

mulai dari sekarang. (salah)

mulai sekarang (betul)

Bermula dari sekarang (betul)

Ahli bomba (salah)

Anggota bomba (betul) – ‘Ahli’ digunakan untuk yang pakar/hebat sahaja.

baharu – bermaksud ‘new'(kata adjektif)con: Terbaharu di pasaran

baru – bermaksut ‘just'(kata tugas)con: Baru makan

salah satu daripada (salah)

salah satu (betul)

selain dari/daripada (salah)

selain/selain itu (betul)

SUKMA ke-10 / SUKMA ke-X (salah)

SUKMA X (betul)

sekali-sekala (salah)

sekalipun (betul)

setengah murid (salah)

sesetengah murid (betul)

ada pekerja-pekerja (salah)

ada pekerja (betul) – ‘ada’ membawa maksud ‘terkumpul’ / ‘banyak’. (menunjukkan jamak, tak boleh digandakan)

daun-daun kering berguguran (salah)

daun kering berguguran (betul) – apabila bertemu dengan imbuhan ‘ber’…’an'( membawa mksud jamak/banyak)tidak boleh menggandakan perkataan.

bintang-bintang berkerdipan (salah)

bintang berkerdipan (betul)

Ketua Menteri-ketua Menteri (salah)

Ketua-ketua menteri (betul) – kata ganda mesti digandakan pada permulaan kata sahaja.

tengahari(salah)

tengah hari (betul)

Daku terkenang akan dia (salah)

Daku terkenangkan akan dia (betul) – ‘Daku’ mesti berakhir dengaan huruf ‘n’. (terkenang (tiada n di belakang perkataan) terkenangkan (ada ‘n’ di belakang perkataan)

sarapan pagi (salah)

sarapan (betul)- ‘sarapan’ memang digunakan hanya untuk makan pada waktu pagi. tak perlu tambah perkataan ‘pagi.’

layan diri (salah)

swalayan (betul)

cenderahati (salah)

cenderamata (betul)

pendalaman (salah)- maksud = usaha mendalamkan

pedalaman (betul)

perasmian penutup majlis (salah)

perasmian penutupan majlis (betul)

Agenda minit mesyuarat

1. Perutusan Pengerusi

2. Hal-hal lain (salah) – ‘agenda’ bermaksud keseluruhan mesyuarat = 1 sahaja

Agenda minit mesyuarat operasi

Perkara-perkara mesyuarat:

1. Perutusan Pengerusi

2. Hal-hal lain (betul)

 

a. Bagi kata kerja transitif, iaitu makan dan minum yang menerima unsur objek berupa bentuk singkat -Nya,awalan meN- perlulah digunakan;

“Kami sekeluarga suka makannya.” beritahuku kepada Pak Man

“Kami sekeluarga suka memakannya.” beritahuku kepada Pak Man

 

b. Imbuhan seperti meN-, mempeR-, meN-…-I tidak boleh digugurkan dalam penggunaan ayat aktif;

Pelajar-pelajar yang langgar disiplin sekolah itu didenda oleh pengetua

Pelajar-pelajar yang melanggar disiplin sekolah itu didenda oleh pengetua

 

c. Kata kerja transitif mesti diikuti oleh frasa nama atau kata nama sebagai objek. Oleh itu, kata selain daripada kata nama tidak boleh hadir selepas kata kerja tersebut;

Pak Sudin berhasrat untuk membesarkan lagi rumah pusaka itu

Pak Sudin berhasrat untuk membesarkan rumah pusaka itu

 

d. Hanya kata hubung bahawa yang boleh hadir selepas kata kerja transitif dalam binaan ayat majmuk aktif;

Dia mengatakan dia tidak dapat menghadiri mesyuarat di Pulau Langkawi

Dia mengatakan bahawa dia tidak dapat menghadiri mesyuarat di Pulaum Langkawi

 

e. Hanya kata kerja transitif mencuba dan membantu boleh hadir sebelum kata kerja transitif yang lain dalam binaan ayat aktif;

Manisah ingin sekali cuba memakai baju baru yang ditempahnya minggu lalu

Manisah ingin sekali mencuba memakai baju baru yang ditempahnya minggu lalu

 

f.  Perbezaan antara apitan meN-…-kan dengan meN-…-I merujuk kepada satu objek.

– Apabila objek yang mengalami tindak balas hasil sesuatu perbuatan maka apitan meN-…-kan digunakan.

– Apabila subjek yang bertindak balas ke atas sesuatu apitan meN-…-kan digunakan.

Dalam acara itu Ahmad telah mendahulukan peserta-peserta lain

Dalam acara itu Ahmad telah mendahului peserta-peserta lain

 

g. Kata kerja berapitan meN-…-kan menunjukkan maksud bahawa objek mengalami tindak balas akibat perbuatan iaitu mengalami perpindahan;

– Kata kerja berapitan meN-…-kan hanya boleh menerima satu objek sahaja selepasnya.

Mak Temah membungkusi Roslinda nasi lemak

Mak Temah membungkuskan nasi lemak untuk Roslinda

 

h. Kata kerja apitan meN-…I menunjukkan bahawa objek yang dikenai perbuatan tidak mengalami tindakbalas,iaitu berada pada satu tempat sahaja (subjek);

– Kata kerja berapitan meN-…I boleh menerima dua objek berturutan.

Mak Temah membungkuskan nasi lemak untuk Roslinda

Mak Temah membungkusi Roslinda nasi lemak

 

i.  Perbezaan antara apitan meN-…-kan dengan meN-…-I merujuk kepada dua objek;

– Apitan meN-…-I menerima objek tepat yang bernyawa selepasnya.

– Apitan meN-…-kan akan menerima objek tepat yang tidak bernyawa selepasnya.

Tuan hakim menjatuhi hukuman mandatori keatas pengedar dadah itu

Tuan hakim menjatuhkan hukuman mandatori ke atas pengedar dadah itu

 

j.  Perbezaan antara meN- dengan meN-…-kan merujuk kepada dua objek;

– Perbuatan yang dilakukan menyatakan fikiran atau perasaan dengan tulisan, kata kerja transitif berawalan meN- hanya menerima satu objek selepasnya.

– Perbuatan menulis untuk seseorang, kata kerja transitif berapitan meN-…-kan boleh menerima dua objek berturutan, iaitu objek tepat diikuti oleh objek sipi.

Suhaili melukiskan pemandangan pada waktu senja di tepi pantai

Suhaili melukis pemandangan pada waktu senja di tepi pantai

 

Awalan di-, di-…-kan dan di-…-i

Awalan “di-“

 

Kata dasar yang digabungkan dengan awalan di- membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjeknya pelaku orang ketiga.

Ch.:

Ayat Contoh: (a) Ikan sepat digulai oleh beliau. (beliau = pelaku orang ketiga)

(b) Ikan sepat digulai oleh ibu (ibu = pelaku orang ke-3)

(a) Surat khabar dibaca olehnya (atau oleh dia) (-nya dan dia =pelaku org ke-3)

(b) Surat khabar dibaca oleh ayah. (ayah = pelaku org ke-3)

(a) Ular itu dipukul oleh mereka. (mereka = pelaku orang ke-3)

(b) Ular itu dipukul oleh Raju (Raju = pelaku org ke-3)

Dalam ayat-ayat diatas, akhiran –kan tidak perlu

Keempat-empat ayat di atas berasal daripada ayat aktif transitif yang berikut:

1. (c) Beliau menggulai ikan sepat. (menggulai, membaca dan memukul ialah kata kerja transitif. Dikatakan ayat aktif kerana pelaku di hadapan ayat.)

2. (c) Ayah membaca surat khabar.

3. (c) Raju memukul ular it.

Semua kata kerja aktif (yang berawalan me-) di atas tidak perlu akan akhiran –kan; sama seperti kata kerja pasif berawalan di- dalam ayat 1 (a) (b) – 3 (a) (b)

Apitan “di-…-kan” dan “di-…-i”

Kebanyakan perkataan yang menerima awalan di- juga menerima akhiran –kan dan –i .

Ch.:

(a) Ali itu menafikan kenyataan orang itu.

(b) Kenyataan orang itu dinafikan oleh Ali.

(a) Siva membaiki radio.

(b) Radio dibaiki oleh Siva.

Makna ‘Diterajui:’

Ada 4 erti teraju:

neraca (seperti neraca lambang Barisan Nasional)

tali untuk ikat pada rangka wau (layang-layang)

tali untuk meregang khemah.

pucuk pimpinan atau kuasa tertinggi.

Ayat contoh: (a) DS Najib menerajui Barisan Nasional. (ayat aktif)

(b) Barisan Nasional diterajui oelh DS Najib. (ayat pasif)

**Bezanya: menerajui ialah kata kerja aktif transitif (ayat a); dan diterajui ialah kata kerja pasif transitif (ayat b).

1) Ayat gabungan

– Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung seperti dan, serta, tetapi, lalu, sambil, kemudian, dll

Contoh:

Suraya dan Yati ke sekolah

Dia bangun kemudian berjalan

– Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungn berlaku apabil ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul.

Contoh:

Mereka akan melancong ke Pualu Tioman atau Pulau Langkawi? (salah)

Mereka akan melancong ke Pualu Tioman atau ke Pulau Langkawi? (betul)

Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya. (salah)

Baik yang kaya atau yang miskin datang ke rumahnya. (betul)

2) Ayat tergantung

– Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat

– Dalam susunan ayat biasa, letaak subjek di depn dan letak predikat di belakang.

Contoh:

Budak itu / menangis

Subjek / predikat

– Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di depan.

Contoh:

Siapakah / gadis itu?

Predikat / subjek

3) Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai “ayat tergantung”

4) Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah.

Contoh:

Di seluruh negara mengalami banjir (salah)

Seluruh negara mengalami baanjir (betul)

Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini (salah)

Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini (betul)

Yang manakah betul? (salah)

Yang manakah yang betul? (betul)

 

1) Ayat gabungan

– Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung seperti dan, serta, tetapi, lalu, sambil, kemudian, dll

Contoh:
Suraya dan Yati ke sekolah
Dia bangun kemudian berjalan

– Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungn berlaku apabil ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul.

Contoh:
Mereka akan melancong ke Pualu Tioman atau Pulau Langkawi? (salah)
Mereka akan melancong ke Pualu Tioman atau ke Pulau Langkawi? (betul)

Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya. (salah)
Baik yang kaya atau yang miskin datang ke rumahnya. (betul)

 

2) Ayat tergantung
– Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat
– Dalam susunan ayat biasa, letaak subjek di depn dan letak predikat di belakang.

Contoh:
Budak itu / menangis
Subjek / predikat

– Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di depan.

Contoh:
Siapakah / gadis itu?
Predikat / subjek
3) Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai “ayat tergantung”

4) Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah.

Contoh:
Di seluruh negara mengalami banjir (salah)
Seluruh negara mengalami baanjir (betul)

Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini (salah)
Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini (betul)

Yang manakah betul? (salah)
Yang manakah yang betul? (betul)

 

MAKNA PERKATAAN

1.ulam-ulam/ulaman (perempuan simpanan / gundik)

2. ulam-ulaman (sayur)

3. para-para (rak)

4. gerombolan (sesuai digunakan untuk penjahat/penjenayah (kumpulan yang jahat)

5. jarang-jarang (kadang-kadang)

6. sahur (makan sebelum subuh)

7. sarapan (makan pada waktu pagi)

8. kudapan (minum pagi (10 pagi)

9. merarau (makan tengah hari)

10. mengombe (makan petang)

11. menggabi (makan malam)

12. menuruk (makan tengah malam (supper)

13. invesmen (labur/simpan)

14. hadirat (tempat duduk tetamu di Istana)

15.patik (anak anjing)

16. kaos (tapak kaki)

17. ahli (pakar/hebat)

18. kakitangan (simpulan bahasa)

 

TATABAHASA : NOTA RINGKAS DAN LATIHAN KENDIRI

 

MORFOLOGI

1. KATA GANTI NAMA

2. KATA ADJEKTIF DENGAN KATA PENGUAT

3. KATA ADJEKTIF TERBITAN

4. KATA KERJA TAK TRANSITIF BERAPITAN

5. KATA KERJA PASIF

 

SINTAKSIS

1. AYAT BERPOLA FN+FN

2. AYAT BERPOLA FN+FK

a. FN+FKtr

b. FN+FKttr

3. AYAT BERPOLA FN+FA (PERLUASAN AYAT )

4. AYAT SONGSANG

5. AYAT PASIF SUSUNAN SONGSANG

6. AYAT PERINTAH

7. AYAT MAJMUK

8. AYAT TUNGGAL

 

TABAHASA : NOTA RINGKAS DAN LATIHAN KENDIRI

 

ANALISIS MORFOLOGI DAN SINTAKSIS 1

RUJUKAN UTAMA:

1.TATABAHASA DEWAN DAN

2.BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

 

A. KATA NAMA

1.GOLONGAN KATA NAMA

Kata nama am

Kata nama khas

Kata ganti nama

 

2. PEMBENTUKAN KATA NAMA

Kata nama tunggal

Kata nama terbitan

Kata nama majmuk

Kata nama ganda

 

Golongan kata nama

 

1. Kata nama am merujuk pada

a. Benda: contoh – buku, orang, sekolah, pokok. bumi

b. Perkara: contoh – cuaca, angin, udara, sedutan

c. Konsep: contoh – perpindahan, pembinaan, perbuatan,keadilan,kedamaian

 

2. Kata nama khas ialah khusus pada sesuatu nama, contoh

orang pangkat

haiwan benda

perbadanan undang-undang

bangsa, bahasa

Huruf pertama setiap kata ditulis dengan huruf besar

Contoh: Puteri Cendera Kesuma

Pusat dalam Komuniti

 

3. Kata nama khas terbahagi kepada dua;

· Kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia)

· Kata nama khas tak hidup

 

4. kata ganti nama

Kata ganti nama tunjuk- pengganti kata nama

– menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk

– dua kata ganti nama tunjuk (ini dan itu)

Kata ganti nama diri

Kata ganti nama diri tanya- apa merujuk benda atau perkara

– siapa merujuk orang

– mana merujuk benda atau orang

Kata ganti nama diri orang –

· Kata ganti nama diri orang pertama : saya, aku, beta, hamba, patik, kami, kita

· Kata ganti nama diri orang kedua : anda, engkau, awak, kamu

· Kata ganti nama diri orang ketiga : ia, dia, mereka, nya, baginda, beliau, mereka

 

Pembentukan kata nama

 

A.KATA NAMA TUNGGAL:

· satu morfem bebas

· kata inti bagi Frasa Nama

Contoh: buku, kereta, wang,perempuan

Satu lagi bentuk kata dalam kategori kata nama tunggal ialah kata akronim

***KATA AKRONIM ialah

Cantuman bahagian-bahagian tertentu daripada serangkaian perkataan.

Cantuman boleh terdiri daripada

· Huruf-huruf daripada rangkaian kata

· Suku-suku kata daripada rangkaian kata

· Bahagian-bahagian daripada perkataan

 

Ada 4 jenis KATA AKRONIM

 

1.Cantuman huruf awal perkataan-perkataan

Contoh: ABIM- ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA

USIM-UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

UNITAR- UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK

( cantuman huruf awal mesti membentuk sebutan baru tetapi masih mendukung makna yang sama )

 

2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan

Contoh: Perhilitan – PerlindunganHidupan Liar dan Taman Negara

MAWAR – Majlis Wanita Johor

 

3. Cantuman suku kata awal perkataan

Contoh: tadika – taman didikan kanak-kanak

cerpen – cerita pendek

komsas – komponen sastera

 

4. Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan yang mengikuti.

Contoh: jentolak – jentera tolak

jalurah – jalan lurah

purata – pukul rata

 

B. KATA NAMA TERBITAN

 

Terhasil melalui proses pengimbuhan pada kata dasar

· 4 jenis imbuhan yang boleh digabungkan dengan kata dasar bagi mmenghasil kata nama terbitan

Ø Imbuhan awalan

Ø Imbuhan akhiran

Ø Imbuhan apitan

Ø Imbuhan sisipan

 

5 jenis kata yang menerima imbuhan untuk membentuk KATA NAMA TERBITAN

Ø Kata akar

Ø Kata tunggal

Ø Kata terbitan

Ø Kata majmuk

Ø Rangkaian kata

 

Kata akar

§ Tawa- tertawa ( awalan ter-… )

§ Mudi – kemudi (awalan ke-… )

 

Kata tunggal

§ hancur – kehancuran ( apitan ke-…. -an)

§ bina – pembinaan (apitan pem-…-an )

§ renung – renungan (akhiran …-an)

§ ceramah- penceramah (awalanpen-… )

§ kembung – keembung ( sisipan ….- em.-… )

 

Kata terbitan

Berangkat – keberangkatan ( apitan ke-….-an)

Berkesan – keberkesanan

Sinambung – kesinambungan

 

Kata majmuk

Ibu bapa – keibubapaan ( apitan ke-….-an )

Kenal pasti – pengenalpastian (apitan pe-…-an )

 

Rangkaian kata

Tidak adil – ketidakadilan ( apitan ke-…-an )

Tidak sempurna – ketidaksempurnaan (apitanke-….-an )

Melalui proses pengimbuhan kata nama terbitan boleh terhasil daripada

· Kata kerja: bina – pembinaan

jalan- perjalanan

· Kata adjektif: kasih – kekasih

tua – ketua

muda- pemuda

 

C . KATA NAMA MAJMUK

Dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu

Dieja terpisah

Berdiri sebagai satu unit

Ada 3 jenis kata nama majmuk

a. rangkai kata bebas

 

guru besar Naib Canselor
balai raya Perdana Menteri
tiga segi tepat Mejar Jeneral

 

 

 

b. istilah khusus dalam bidang ilmiah

 

papan kekunci medan magnet
dalam talian hukum karma
laman sesawang analisis sastera

 

 

 

c. maksud kiasan (banyak terdapat dalam simpulan bahasa )

 

kaki bangku ayam tambatan
ringan tulang tumbuk rusuk
ada hati buku lima

 

 

 

Terdapat 14 kata nama majmuk yang telah mantap dan ditulis sebagai satu perkataan

antarabangsa , bumiputera, jawatankuasa, kakitangan
kerjasama , warganegara, olahraga , pesuruhjaya
setiausaha , sukarela , suruhanjaya, tandatangan
tangungjawab, matahari

 

D. KATA GANDA

Kesemua bentuk kata nama iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk boleh digandakan.

Penggandaan penuh

Penggandaan separa

Penggandaan berentak

Penggandaan penuh

ü Kata nama tunggal tanpa imbuhan

v ayat- ayat-ayat

v pahlawan – pahlawan-pahlawan

v wajah -wajah-wajah

ü kata nama tunggal dengan akhiran …-an

v bayang – bayang-bayangan

v biji -biji-bijian

v sayur -sayur-sayuran

ü kata nama terbitan

v ketua -ketua-ketua

v kementerian- kementerian-kementerian

v pertubuhan –pertubuhan-pertubuhan

ü kata nama majmuk

v kertas kerja -kertas-kertas kerja

v mata pelajaran -mata-mata pelajaran

v buku tulis -buku-buku tulis

Penggandaan separa

– Melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar

– Suku kata pertama bagi perkataan pertama digandakan

– Huruf pertama bagi suku kata pertama ditukar ke huruf ‘e

v Langit — lalangit — lelangit

v Kura — kukura — kekura

v Laki — lalaki — lelaki

v Pohon — popohon —pepohon

Penggandaan berentak

Proses penggandaan kata nama dasar mengikut rentak bunyi

v sayur — sayur-mayur

v kiuh —- kuih-muih

v lauk — lauk-pauk

v kayu —- kayu-kayan

v gunung —- gunung-ganang

v suku —- suku-sakat

v batu —- batu-batan

v warna —- warna-warni

v anak — anak-pinak

v sedu — sedu-sedan

 

B . FRASA NAMA

( berdasarkan Buku Teks Tingkatan 4 MUKA SURAT 162-163 )

1. KATA INTI bagi Frasa Nama ialah Kata Nama

2. **Frasa Nama boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih

3. Frasa Nama boleh berfungsi sebagai

subjek atau predikat dalam ayat

objek bagi kata kerja

unsur nama dalam frasa sendi nama

frasa pelengkap dalampredikat

4. Subjek dalam ayat mesti terdiri daripada Frasa Nama

Contoh 1

I. Buku

II. Buku tebal

III. Buku tebal itu

IV. Sebuah buku tebal

 

FRASA NAMA SEBAGAI SUBJEK DAN PREDIKAT

 

BIL SUBJEK PREDIKAT
1 Solusi sebuah majalah.
2 Majalah Solusi majalah ilmiah
3 Ah Lam pelukis
4 Ah Lam seorang pelukis
5 Ah Lam seorang pelukis batik

 

 

 

 

 

 

FRASA NAMA SEBAGAI OBJEK DALAM PREDIKAT

 

BIL SUBJEK PREDIKAT (FRASA KERJA )
KATA KERJA OBJEK

 

 

(FRASA NAMA)

1Ibu sedang melayari internet

2Kuhanmembacabuku cerita

3Keindahan Pantai Cenangmemikathati

4Puan Marymenghiasrumah

5Makcik Alizamenyapusampah

FRASA NAMA SEBAGAI UNSUR NAMA DALAM FRASA SENDI NAMA

 

BIL SUBJEK PREDIKAT (FRASA KERJA )
FRASA KERJA FRASA KETERANGAN
SENDI NAMA FRASA NAMA
1 Soleh Johnsons berbincang dengan Faridah
2 Cakera liut itu ada pada Firdaus
3 Perkahwinan Zain dan Anne mendapat restu daripada semua ahli keluarga
4 Halim memangkas pokok dengan parang
5 Melina Menelefon Benny dari Marang

 

 

 

 

 

 

 

FRASA PELENGKAP DALAM PREDIKAT

 

 

BIL SUBJEK PREDIKAT
FRASA KERJA FRASA NAMA

 

 

 

(FRASA PELENGKAP )1Bennymenjadipelayar2Pengembara ituberselimutkanembun3Dato’ Azruladaladang kelapa

C. FRASA NAMA DALAM SUBJEK BOLEHDIAMBIL ALIH OLEH

i. FRASA KERJA

ii. FRASA ADJEKTIF

 

SUBJEK FRASA KERJA

 

BIL SUBJEK PREDIKAT
1 Membasuh ialah tugas harian saya.
2 Berjoging merupakan amalan yang sihat
3 Melukis menjadi kegemaran Melina

 

 

 

 

SUBJEK FRASA ADJEKTIF

 

BIL SUBJEK PREDIKAT
1 Kasih sayang sifat yang perlu ada padadiri seorang ibu
2 Bijak ialah satu kurniaan Tuhan
3 Biru laut warna kesukaan Salmah

 

 

 

 

 

ANALISIS MORFOLOGI DAN SINTAKSIS 2

 

KATA KERJA

 

PENGGOLONGAN KATA KERJA

i. KATA KERJA TAK TRANSITIF

ii. KATA KERJA TRANSITIF

 

PEMBENTUKAN KATA KERJA

i. KATA KERJA TUNGGAL

ii. KATA KERJA TERBITAN

iii. KATA KERJA GANDA

iv. KATA KERJA MAJMUK

 

PENGGOLONGAN KATA KERJA

 

i. Kata Kerja Tak Transitif

tidak memerlukan objek

-dibahagikan kepada dua jenis

§ Berpelengkap

§ Tanpa pelengkap

Perkataan selepas kata kerja berfungsi sebagai pelengkap

Ayat yang terbentuk menggunakan KKTTr dinamakan

AYAT AKTIF TAK TRANSITIF

**KATA KERJA AKTIF TAK TANSITIF (kkttr) tanpa pelengkap

-Kata kerja ini boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan kata atau frasa untuk melengkapkan makna ayat.

– kkttr tidak mempunyai objek seperti kata kerja transitif

– kkttr tidak boleh dipasifkan.

 

contoh kkttr tanpa pelengkap

menyanyi berlalu

bersembahyang pulang

berdoa bergurau

bangun berdiri

menangis berjalan

pergi tercengang

duduk kembali

hinggap tumbuh

runtuh memberontak

 

Contoh ayat

a. Semua pelajar sedang bersembahyang.

b. Semua orang sudah bangun.

c. Adik menangis.

d. Tamadun purba itu telah runtuh

***KATA KERJA AKTIF TAK TANSITIF (kkttr) berpelengkap

– Kata kerja yang mesti iikuti oleh pelengkap bagi menyempurnakan ayat.

– Ayat menjadi tergantung jika tiada pelengkap

– Pelengkap bukan merupakan objek yang mengikuti kata kerja transitif

– Ayat Aktif Tak Transitif dengan pelengkap tidak boleh dipasifkan

 

Contoh kkttr berpelengkap

beransur berbuat

tinggal berselimutkan

menjadi berbantalkan

berumah beralaskan

 

Contoh ayat

i. Hari sudah beransur petang.

ii. Abdullah tidak berbuat salah.

iii. Bapa sedang beransur pulih.

iv. Seman menjadi menantu Mat Ranggi.

v. Semua peserta perkhemahan tidurberselimutkan kanvas .

vi. Maniam berbantalkan lengan.

vii. Pendatang tanpa izin telah berumah di bangunan lama itu.

viii. Pak Ismail duduk beralaskan tikar mengkuang.

PERKATAAN YANG DIGELAPKAN IALAH kkttr berpelengkap

CUBA GUGURKAN PERKATAAN /FRASA SELEPAS kkttr

Jawapan: Ayat akan menjadi tidak sempurna dan tergantung.

UNSUR PELENGKAP BAGI kkttr berpelengkap

 

i. Frasa Nama/kata nama

a. Gayah menjadi isteri Seman.

b. Pak Ismail ada kebun jagung.

c. Farhana berbaring berbantalkanlengan.

d. Cikgu Zamani berhujah bersandarkan pendapatnya sahaja.

 

ii. Frasa Adjektif/Kata Adjektif

a. Penyakit Mariana beransurpulih.

b. Keadaan masyarakat di Changkat Janggus semakintegang.

c. Hubungan penduduk Kampung Changkat Janggus bertambahkukuh.

d. Mak Bedah tinggal miskin.

 

iii. Frasa Sendi Nama

a. Semua kaum keluarga berada di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur.

b. Robert Lim singgah di rumah Pak Ismail .

c. Kereta Fuad membelok ke kanan .

d. Farhana telahpun bertolak dari Kuala Terengganu.

**** KATA KERJA TRANSITIF (kktr)

-kata kerja yang mengandungi objek

-objek bagi kktr ialah kata nama/frasa nama

-objek diperlukan untuk melengkapkan makna ayat

-ketiadaan objek menyebabkan ayat tidak lengkap/ ayat tergantung.

Kktr dibahagikan kepada dua jenis

i. kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif-kata kerja transitif aktif

ii. kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif –kata kerja transitif pasif

i. Kata Kerja Yang Berfungsi Dalam Ayat Aktif- kata kerja transitif aktif

kata kerja ini menerima imbuhan

· awalan meN-…

· apitan meN-…-i

· apitan meN-…-kan

ii. Kata Kerja Yang Berfungsi Dalam Ayat Pasif – kata kerja transitif pasif

Ø kata kerja transitif pasif terhasil daripada perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif

Ø kata kerja ini menerima imbuhan

i. awalan di-…

contoh: Senaman dilakukan oleh pelajar-pelajar itu.

ii. apitan di-…-i

Contoh: Pak Itam dikenali oleh semua penduduk desa.

iii. apitan di-…-kan

Contoh: Robert Lim dipertemukan oleh Fuad dengan ibunya, Mariana.

iv. awalan ber-…

Contoh: Pertanyaan Cikgu Abas belumberjawab.

v. awalan ter-…

Yew Seng tertangkap oleh polis.

vi. akhiran -…kan

Keputusan Raja-raja Melayu, akan betaserahkan kepada wakil kerajaan British .

vii. akhiran -… i

Keberanian pahlawan Buntung aku kagumi.

atau

kekal sebagai kata kerja tanpa imbuhan

contoh:

Buku itu saya baca.

 

ANALISIS MORFOLOGI DAN SINTAKSIS 3

1. KATA ADJEKTIF

– Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat

– Unsur inti bagi Frasa Adjektif

– Kata adjektif boleh didahului/diikuti oleh kata penguat.

· Indera Jenaka sangat takut .-didahului oleh kata penguat

· Raja Kecil baik sungguh – diikuti oleh kata penguat

 

2. Jenis –jenis kata adjektif

· Kata adjektif sifatan/keadaan

· Kata adjektif warna

· Kata adjektif ukuran

· Kata adjektif bentuk

· Kata adjektif waktu

· Kata adjektif jarak

· Kata adjektif cara

· Kata adjektif perasaan

· Kata adjektif pancaindera

 

3. PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF

Kata adjektif tungal

Kata adjektif terbitan

Kata adjektif ganda

Kata adjektif majmuk

 

PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF

· Kata adjektif tunggal: kuning, terang, pendek, masin

· Kata adjektif terbitan: terkecil, terpanjang, tercantik,terdekat ( awalan ter-…. )

sebesar, sepandai, seindah, seburuk(awalan se-… )

kebaratan, kemelayuan, kecinaan ( apitan ke-… –an )

gemuruh, gemilang,semerbak ( sisipan –em )

selerak, gelembung, kelebak ( sisipan –el)

kerlip, gerodak ( sisipan –er )

· Kata adjektif ganda: kecil-kecil, pedas-pedas ( ganda penuh )

Kekuning-kuningan, kecina-cinaan,( apitan ke-…-an )

Besar-besaran, kecil-kecilan, belas-belasan(akhiran –an)

Porak-peranda, simpang-siur ( ganda berentak)

· Kata adjektif majmuk:

Ø Kata yang terhasil daripada proses yang merangkaikan kata adjektif dasar

Ø Dieja terpisah

Ø Membawa makna tertentu

Ø

contoh

Kuning langsat: Baju berwarna kuning langsat amat sesuai dengan ibu.

Muda remaja : Kaum muda remaja gemar terlalu gemar akan hiburan.

Panjang tangan: Sifat Suppiah yang panjang tangan akhirnya memakan dirinya sendiri.

 

Panduan

 

1. Ayat Dasar ialah ayat tunggal. .

2. Ayat tunggal yang panjang tidak dianggap ayat dasar kerana telah mengalami perluasan.

3. Ayat Dasar mempunyai hanya satu subjek dan satu predikat

4. Ayat Dasar mempunyai susunan ayat biasa iaitu subjek di hadapan dan diikuti oleh predikat

5. Ayat Dasar ialah ayat aktif susunanbiasa dan AYAT PENYATA.

6. Bagi AYAT MAJMUK : cerakinkan ayatmenjadi AYAT TUNGGAL

7. Bagi AYAT PASIF : tukarkan ayat menjadi AYAT AKTIF

8. bagi AYAT SONGSANG : susunkan ayat menjadi AYAT SUSUNAN BIASA

9. AYAT SOAL /AYAT TANYA bukan AYAT DASAR

 

Ada 4 jenis POLA AYAT

 

1. FN+FN (FRASA NAMA+FRASA NAMA )

2. FN+FK (FRASA NAMA+FRASA KERJA)

3. FN+FA (FRASA NAMA+FRASA ADJEKTIF)

4. FN+FS (FRASA NAMA+ FRASA SENDI NAMA)

 

Kata nama

Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan.
Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:
orang: ayah, polis, perempuan dll.
haiwan: ayam, itik, buaya dll.
benda: televisyen, komputer, bank dll.
tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
Kata Ganti Nama
Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan (contohnya ini, itu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).
Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga:
diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita, daku
diri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari, tuan hamba
diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya
Kata Nama Terbitan
Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal kata ( awalan ), di akhir kata ( akhiran ), di awal dan di akhir kata ( apitan ) dan diselitkan di tengah perkataan ( sisipan).
Kata kerja
Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).
Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut ( objek ). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.
Kata Kerja Transitif Aktif
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men …i, men …kan, memper, memper…i, dan memper…kan.
Kata Kerja Transitif Pasif
Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-.
Penyambut Kata Kerja Transitif Pembuat
Radio itu didengari Atan.
Burung itu ditangkap oleh seekor kucing.
Sayur itu dijual oleh seorang perempuan.
Ikan itu dijala oleh Pak Abu.
Surat itu sedang ditulis oleh bapa
Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap’ dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek (penyambut).
Kami mandi di tasik.
Dia senyum semasa berjalan.
Air sungai beransur surut.
Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap
Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat.
Rumahnya roboh.
Radio itu berbunyi.
Turunnya Union Jack itu, Jalur Gemilang pula berkibar
Kata sifat
Adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar
Jenis jenis kata adjektif
Kata adjektif terbahagi kepada 9 subgolongan:
1. Sifat-menerangkan sifat keadaan atau seseorang
contoh: baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat
2. warna – contoh: merah, jingga, ungu, putih, hitam, kuning langsat
3. ukuran – contoh: pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, ternipis
4. bentuk -contoh: bujur, lurus,
5. waktu – contoh: lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam
6. jarak – contoh: dekat, hampir, jauh
7. cara – contoh: selalu, jarang, kadang kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah
8. pancaindera
• rasa: sedap, lazat, manis, pahit, lemak, pedas, payau, masam,masin
• pandang: buruk, hodoh, jelita, cantik, tampan
• dengar:bising, sunyi, senyap
• bau: busuk, wangi, hangit, hapak
• sentuh: kesat, kasar, lembab, halus, licin
9. perasaan – contoh: takut, seram, benci, rindu, marah, senang, sayang, gembira
Pangkat pangkat adjektif
Pangkat pangkat atau tahap adjektif ada empat:
Pangkat biasa
Ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa. Contoh:
• Baju dia cantik.
• Buah betik itu manis.
Pangkat perbandingan
Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang. Contoh:
• Tenaganya sekuat Badang.
• Buah jambu itu semanis gula.
Pangkat menyangat
Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya. Contoh:
• Cuaca hari ini sangat mendung.
• Buah rambutan ini terlalu masak.
Pangkat penghabisan
Ia menerangkan adjektif paling atau penghabisan. Contoh:
• Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
• Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.
Kata sendi
Golongan kata sendi adalah golongan kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi menunjukkan perkaitan antara satu perkataan/frasa dengan perkataan/frasa yang lain.
Contoh:
• Buku di pejabat (kata nama + kata sendi + kata nama)
• Menyelam sambil minur air (kata kerja + kata sendi + frasa kerja)
• Rosak kerana banjir melanda (kata sifat + kata sendi + frasa nama)
Fungsi kata sendi
Ada lima fungsi kata sendi:
1. Menunjukkan tempat atau arah : melalui jalan dalam,pada fikiran saya
2. Menunjukkan masa : dalam tahun lepas,sewaktu bulan biru
3. Menunjukan sebab akibat : Kemalangan berlaku kerana jalan licin, Sebab mulut badan binasa
4. Menunjukkan pelaku : Perlawanan akhir itu dimenangi oleh Kedah FA
5. Menunjukkan mangsa : Perompak itu kena belasah
Bahagian kata sendi
Kata sendi boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama:
• Sendi nama
• Sendi kata
Sendi nama
Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata nama. Antara kata sendi nama yang biasa digunakan ialah:di,ke,kepada,pada,dari,daripada,seperti,dengan
Sendi kata
Kata sendi kata ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata kerja, kata sifat dan kata tugas.
bagi,sambil ,selepas,sebelum
Bentuk kata sendi
Kata sendi juga boleh dibahagikan mengikut bentuknya:
Sendi tunggal ; antara,bagai,demi, hingga,kerana,sejak
Sendi berimbuhan :bagaikan,berikut,mengingat, merupakan,sehubungan,seputar
Sendi majmuk : atas sebab,bagaimanapun,dalam hal,daripada di antara,kepada,oleh kerana,selain ,daripada
Ayat inti (bahasa Melayu)
Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan “Emas ialah logam”, tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.
Dalam bahasa Melayu, terdapat empat pola ayat inti:
1. Frasa Nama + Frasa Nama
2. Frasa Nama + Frasa Kerja
3. Frasa Nama + Frasa Adjektif
4. Frasa Nama + Frasa Sendi
Frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan. Frasa tiada subjek dan predikat. Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu ayat.
Frasa Nama + Frasa Nama
Contoh:
1. Ali jiran saya.
2. Kami jiran.
3. Kucing mamalia.
4. Itu guru.
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang agak meluas berasal khususnya daripada mereka yang bersikap keinggerisan. Mereka menganggap bahawa perkataan “seorang”, “sebuah”, dan sebagainya harus disisipkan untuk mewakili artikel a dan an dalam bahasa Inggeris. Umpamanya, ayat (1) di atas dianggap tidak lengkap jika tidak ditulis sebagai “Ali seorang guru”. Yang lebih bersikap keinggerisan menganggap ayat yang betul-betul sempurna ialah: “Ali ialah seorang guru.” Mereka menganggap “ialah” sebagai terjemahan kopula seperti is dan are dalam bahasa Inggeris. Jadi timbullah anggapan yang salah bahawa sesuatu ayat itu tidak sempurna jika tiadanya “ialah” ataupun “adalah”.
Walau bagaimanapun, perkataan “adalah” boleh disisipkan dalam ayat jika seseorang hendak menegaskan maksud, umpamanya:
1. Ali adalah guru.
2. Kucing adalah mamalia.
Kata “adalah” dalam ayat-ayat itu digunakan apabila timbul keraguan yang dapat dibayangkan dengan adanya pertanyaan yang menggunakan kata adakah seperti:
1. Adakah Ali guru?
2. Adakah kucing mamalia?
Kata “adalah” dalam ayat-ayat di atas samalah dengan kata “benarkah” atau “betulkah”. Bagaimanapun, ayat yang disertai “adalah” bukan ayat inti lagi.
Frasa Nama + Frasa Kerja
Contoh:
1. Saya menulis rencana.
2. Kami berdiri.
3. Kucing ini menangkap tikus.
4. Syarikat itu membuka kilang.
Predikat ayat inti untuk pola ini dapat diperluas dengan menggunakan kata bantu yang terbahagi dua:
1. kata bantu aspek: akan, belum, masih, sedang, sudah, telah;
2. kata bantu modaliti: boleh, dapat.
Letak kata bantu ialah sebelum kata kerja. Selain itu, predikat untuk ayat ini dapat diperluas dengan menggunakan keterangan seperti: Saya duduk di kerusi. “Di kerusi” ialah keterangan tempat.
Kesalahan yang biasa berlaku
Kata kerja transitif
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan kata kerja transitif tanpa objek.
Salah  : Syarikat itu membuka di Pulau Pinang
Betul   : Syarikat itu membuka kilang di Pulau Pinang.
Salah : Kami membincangkan tentang masalah itu.
Betul : Kami membincangkan masalah itu.
Kata kerja intransitif
Satu kesalahan lagi ialah penggunaan kata kerja intransitif tanpa diikuti oleh kata sendi apabila predikat diperluas.
Salah : Saya sedar perkara itu .
Betul : Saya sedar akan perkara itu.
Salah :Dia masih ingat kejadian itu.
Betul : Dia masih ingat akan kejadian itu.
Frasa Nama + Frasa Adjektif
Contoh:
1. Dia bijak.
2. Kami lapar.
3. Anjing itu garang.
4. Pisau ini tajam.
Predikat ayat pola ini dapat dluaskan dengan menggunakan kata penguat yang terbahagi tiga:
1. penguat depan: begitu
2. penguat belakang: sekali, betul
3. penguat bebas: sangat
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan kata penguat secara berlebihan:
Salah : Dia begitu bijak sekali
Betul : Dia begitu bijak.
Betul : Dia bijak sekali.
Salah : Anjing itu sangat garang betul.
Betul : Anjing itu sangat garang.
Betul : Anjing itu garang betul.
Frasa Nama + Frasa Sendi
Contoh:
1. Saya ke Kuala Lumpur
2. Dia di sekolah.
3. Kami di rumah.
4. Buku ini untuk adik.
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku ialah anggapan bahawa frasa sendi tidak boleh berdiri sendiri tanpa kata kerja. Contohnya, ada orang yang beranggapan bahawa:
• ayat (1) mesti ditulis: Saya pergi ke Kuala Lumpur; atau
• ayat (4) mesti ditulis: Buku ini dibeli untuk adik.
Sebenarnya baik disertai kata kerja atau tidak, ayat-ayat itu betul belaka.
Hukum D-M
Hukuman D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang mendahulukan unsur yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan mengemudiankan kata sifat yang menerangkan (diringkaskan sebagai M). Istilah Hukum D-M diperkenalkan oleh Prof. St. Takdir Alisjahbana dalam bukunya, Tatabahasa Baru Melayu Indonesia.
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku, khususnya di kalangan orang yang bersikap keinggerisan, disebabkan oleh kekeliruan antara susunan kata nama majmuk bahasa Melayu dengan kata nama majmuk bahasa Inggeris. Sebilangan kesalahan yang sering berlaku adalah seperti berikut:
Kesalahan Padanan bahasa Inggeris Pembetulan
Salah : dalam lain perkataan
Betul :dengan kata-kata lain
Salah : lain-lain perkara
Betul : perkara-perkara lain
Salah : Minah Restoran
Betul : Restoran Minah
Salah : Dunlop tayar
Betul : tayar Dunlop
Salah : goreng pisang
Betul : pisang goreng
Kata hubung (bahasa Melayu)
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:
• perkataan dengan perkataan;
• rangkai kata dengan rangkai kata; dan
• ayat dengan ayat.
Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
1. Kata hubung gabungan
2. Kata hubung pancangan
o Kata hubung pancangan relatif
o Kata hubung pancangan komplemen
o Kata hubung pancangan keterangan
3. Kata hubung pasangan.
1. Kata hubung gabungan
Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.
Contoh ayat:
• Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.
• Belum tentu… sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.
• Dia mengelak, lantas menikam.
2.Kata hubung pancangan
Kata hubung pancangan relatif
Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.
Contoh ayat:
• Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
• Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
• Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.
Kata hubung pancangan komplemen
Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.
Contoh ayat:
• Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
• Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
• Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.
Kata hubung pancangan keterangan
Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. -Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.
Contoh ayat:
• Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
• Saya berkawan dengannya semenjak kecil
3.Kata hubung berpasangan
Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu ialah baik…mahupun, baik…baik, bukan sahaja… malah, entah…entah,jangan…pun, kian…kian, sama ada… ataupun, sedangkan…inikan pula, semakin…semakin, sungguhpun…tetapi, dan walaupun…namun..
Contoh ayat:
• Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
• Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah
Imbuhan kata nama bahasa Melayu
Kata Nama menerima empat jenis imbuhan; awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar, contohnya pe(N), me(N), ter dan sebagainya. Imbuhan akhiran terletak di akhir kata akar dan imbuhan apitan mengapit kata akar. Imbuhan sisipan pula tersisip di tengah perkataan.
Awalan 
“ke-“
Awalan “ke-” boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat dan kata nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan dengan awalan “ke-“. Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk membentuk perkataan yang tepat. Awalan “ke-” boleh membawa maksud berikut kepada kata dasar:
• penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud kata dasar (kata nama): kekasih, ketua, kemudi
pe(n)-
Imbuhan awalan “pe(n)-” menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
• alatan/perkakas: pembakar, pengasah, penukul, penapis
• orang yang membuat: penulis, pencipta, pentadbir
• sesuatu yang menyebabkan jadi…: pengasih, pemanis, pendingin
• orang yang selalu atau suka…: penidur, pemalas, perokok
• orang yang mempunyai sifat…:pemalu, pemurah, pembengis
• milik sifat seseorang: pemuda, pembesar
• ukuran bagi waktu atau tempat: pemeluk, penanak, pelaung
• hasil atau kesan daripada sesuatu: penyakit, pendapat
Imbuhan “pe(n)-” berpadan fungsinya dengan imbuhan “me(n)-” untuk kata kerja.
pe-
Imbuhan awalan “pe-” (tanpa pembolehubah (n) dalam “pe(n)-“) menerbitkan kata nama memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya. Berbeza dengan imbuhan “pe(n)-“, imbuhan “pe-” hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu seperti berikut:
• pelaku tindakan dalam kata dasar: pesaing, peserta
• penerima tindakan atau kesan dalam kata dasar: pesalah, pesakit
per-
Imbuhan awalan “per-” digunakan untuk mengimbuhkan kata dasar yang sering dijadikan kata kerja dengan berimbuhkan awalan “ber-“.
juru-
Awalan “juru-” digunakan untuk mendukung penanda makna ahli atau orang yang terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan kata dasar dan boleh bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, dan akar. Contoh-contohnya adalah seperti berikut:
• juru- + kata nama: juruwang, jurubahasa
• juru- + kata kerja: jurukira, jurujual, juruselam, juruterbang
• juru- + akar kata: jurutera, jurumudi
Akhiran
-an
Imbuhan akhiran “-an” menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut.
• benda, bahan yang dilakukan kata dasar: kiriman, makanan
• hasil perbuatan kata dasar: tulisan, bungkusan
• tempat yang disifatkan kata dasar: ruangan
• benda kata dasar yang besar atau luas: lautan
Apitan
ke-…-an
Imbuhan apitan “ke-…-an” menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
• hasil perbuatan kata dasar: keberanian, kepercayaan
• keadaan yang disifatkan kata dasar: keindahan, keselesaan
pe(n)-…-an
Imbuhan apitan “pe(n)-…-an” menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
• perbuatan: pemeriksaan, pemilihan
• hasil perbuatan: pembangunan, pelaburan
Imbuhan “pe(n)-…-an” berpadan fungsinya dengan imbuhan “me(n)-” untuk kata kerja.
per-…-an
Imbuhan apitan “per-…-an” menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
• perbuatan: pertandingan, pergeseran
• tempat: perumahan, perkuburan
Imbuhan “pe(n)-…-an” berpadan fungsinya dengan imbuhan “ber-” untuk kata kerja.
Sisipan
Sesetengah kata dasar boleh diubah atau diperkuat maknanya dengan dibubuh imbuhan sisipan “-el-“, “-em-“, “-er-” dan “-in-“. Contoh: tapak → telapak; kuning → kemuning.
JENIS-JENIS AYATAyat perintah
Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.
Perintah        : Berdiri di atas kerusi itu.
Suruhan        : Ikat tali kasut anda dengan betul.
Larangan      : Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya.
Permintaan   : Tolong angkat baju itu.
Ajakan         : Mengucaplah banyak-banyak.
Silaan           : Sila jamu selera.
Doa              : Syukurlah kamu sudah kembali.
Harapan       : Harap-harap hari tidak hujan.
Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat perintah itu ditujukan.
Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa awalan “ber” dan “meN” kekadang tidak digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah:
• Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak memerlukan objek): awalan tidak boleh digugurkan.
• Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek): awalan meN hendaklah digugurkan.
Ayat nafi
Ayat nafi ditandai oleh adanya kata “bukan” dan “tidak”. Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:
Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.
 Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.
Disamping itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu maksud. Contohnya:
Ayat biasa : Cadangannya harus diketepikan.
Ayat nafi    : Cadangannya tidak perlu kita pedulikan.
Ayat biasa : Kerja ketua memang susah.
Ayat nafi    : Kerja ketua tidak pernah senang.
Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama, ayat nafi menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa sahaja.
Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya, umpamanya:
1. Bukankah orang itu guru kamu?
2. Tidakkah kamu ingin menyertai peraduan itu?
3. Anda sudah faham, bukan?
Penggunaan dengan frasa nama
Secara umum, kata nafi “bukan” digunakan apabila frasa yang mengikutinya ialah frasa nama. Contohnya:
1. Ini bukan kucing.
2. Malaysia bukan negara republik.
3. Gajah bukan haiwan yang terbesar di dunia.
Selain itu, “bukan” juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada frasa nama dalam hubungan seperti yang berikut:
1. Dia bukan bodoh, tetapi malas.
2. Dia bukan belajar, tetapi bermain.
Kata “bukan” dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan “kata tidak”:
1. Dia tidak bodoh, tetapi malas.
2. Dia tidak belajar, tetapi bermain.
Bagaimanapun, penggantian “bukan” dengan “tidak” menyebabkan sedikit perubahan maksud. Penggunaan “tidak” hanya menyatakan maksud secara biasa, sedangkan penggunaan “bukan” menekankan pertentangan dua keadaan secara jelas.
Penggunaan dengan frasa sendi
Untuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian, umpamanya:
1. Saya tidak ke sekolah hari ini kerana sakit.
2. Saya bukan dari sektor kerajaan.
3. Malaysia bukan di benua Afrika.
4. Buku ini bukan untuk anda.
Kata “bukan” dan “tidak” dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh saling berganti. Oleh sebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan kata “bukan” dan “tidak”.
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara penggunaan kata “bukan” dan “tidak”.
Ayat tanya
Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:
Cara-cara untuk membentuk ayat tanya
1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata
Ayat penyata Ayat tanya
Tetamu sudah tiba. Tetamu sudah tiba?
Buah itu sudah masak. Buah itu sudah masak?
Mereka hendak menolong kita. Mereka hendak menolong kita?
Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat.
2. Menggunakan partikel “kah”
Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel “kah” untuk mencipta ayat tanya songsang:
Ayat penyata : Tetamu sudah tiba.
Ayat tanya : Sudah tibakah tetamu?
Ayat penyata : Buah itu sudah masak.
Ayat tanya : Sudah masakkah buah itu?
Penggunaan partikel “kah” dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan kesamaran makna.
3. Menggunakan pelbagai kata
Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa, mengapa, mana, dan siapa.
Kata Ayat tanya
Tanpa partikel “kah” Dengan partikel “kah”
Apa : Apa yang kamu beli tadi?
Apakah yang kamu beli tadi?
Bagaimana : Bagaimana cara untuk mendaftar diri?
Bagaimanakah cara untuk mendaftar diri?
Bila : Bila ayah kamu pulang?
Bilakah ayah kamu pulang?
Kecuali kata “ada”, yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel “kah”. Bagaimanapun, partikel “kah” sering digunakan untuk maksud penegasan.
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel “kah” di hujung ayat. Umpamanya:
• Tetamu sudah tibakah?
• Buah itu sudah masakkah?
• Mereka hendak menolong kitakah?
Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut:
• Tetamu sudah tibake?
• Buah itu sudah masakke?
• Mereka hendak menolong kitake?
“Ke” sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi “kah” tidak boleh digunakan dalam tulisan. Selain itu, “kah” tidak boleh digunakan di hujung ayat.
Ayat songsang
Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa:
AYAT BIASA → SUBJEK + PREDIKAT
AYAT SONGSANG → PREDIKAT + SUBJEK
AYAT PASIF → OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK
Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan.
Susunan biasa                                                                   Susunan songsang
Encik Yosri birokrat.                                                     Birokratlah Encik Yosri.
Kucing itu ke sana.                                                           Ke sana kucing itu.
Orang itu adik kamu?                                                        Adik kamukah orang itu?
Kamu belum makan?                                                          Belum makankah kamu?
Surat itu akan saya kirimkan.                                            Akan saya kirimkan surat itu.
Saya ketinggalan bas pada hari itu.                                   Ketinggalan bas saya pada hari itu.
Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel “kan” (untuk ayat tanya) dan partikel “lah” (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu.
Ayat inti 
Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan “Emas ialah logam”, tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.
Ayat gabungan
Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu, dan sebagainya untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Bahasa Melayu mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu:
1. Ayat dengan ayat
2. Subjek dengan subjek
3. Predikat dengan predikat
4. Adverba dengan adverba
5. Objek dengan objek.
6. Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan.
Ayat pancangan
Ayat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa (ayat kecil), umpamanya:
• Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya.
• Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah.
• Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih askar berbanding dengan tentera Jepun
Analisis Kesalahan Bahasa
Ejaan dan Tanda Baca
Ejaan yang digunakan ialah ejaan menurut Sistem Ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972. Ejaan ini juga digunakan dalam semua kamus-kamus terutamanya Kamus Dewan.
Calon harus memberikan perhatian terhadap perkara berikut:
a. Sistem keselarasan vokal
b. Ejaan kata terbitan
c. Ejaan kata majmuk
d. Ejaan kata pinjaman
Sistem Keselarasan Vokal
Pengguna bahasa Melayu terutamanya bangsa asing amat gemar menggunakan sistem keselarasan vokal yang tidak tepat. Hal ini boleh didefinasikan sebagai pengaruh dialek.
Contohnya: hebuh, sinalai, olih, keleja
Sepatutnya : heboh, senarai, oleh, kerja
Ejaan Kata Terbitan
Awalan meN- menjadi men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf d,c,j, sy dan z, serta perkataan pinjaman yang mengandungi gugus konsonan yang bermula dengan huruf t dan s.
Contohnya :
deru – menderu
duga – menduga
caci – mencaci
Ejaan Kata Majmuk
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya dianggap sudah mantap dan dieja sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut mempunyai dua kata dasar. Perkataan yang demikian dieja sebagai satu perkataan. Bentuk tersebut ialah:
tanggungjawab
olahraga
tandatangan
matahari
suruhanjaya
jawatankuasa
sukarela
warganegara
setiausaha
kakitangan
pesuruhjaya
bumiputera
antarabangsa
beritahu
kerjasama
Selain contoh yang ditunjukkan di atas, ejaan kata majmuk ditulis terpisah.
Contoh:
jalan raya
tunjuk ajar
ambil alih
kuat kuasa
kenal pasti
ibu bapa
campur aduk
daya serap
Ejaan Kata Pinjaman
Kesalahan penggunaan ejaan kata pinjaman merupakan akibat pengaruh ejaan bahasa sumber bagi kata yang telah mantap, kekeliruan antara bunyi sebutan dengan sistem visual bagi ejaan dan ejaan kata khusus yang menggunakan nombor.
Contoh:
klas, plan, klab, gran – kelas, pelan, kelab, geran
psikoloji, otomatik, kota – psikologi, automatik, kuota
dekad ke 10, abad ke 20 – dekad ke-10, abad ke-20
Perbendaharaan Kata
Calon mestilah mempunyai perbendaharaan kata yang luas supaya senang mengenal pasti kesalahan penggunaan kosa kata. Di samping itu, pemilihan kata mestilah bersesuaian dengan maksud sesuatu ujaran.
1. Kata-kata yang mempunyai konotasi yang tertentu
Setiap perkataan mempunyai makna konotasi dan denotasi. Misalnya, perkataan “kesan” dan “akibat”. Perkataan kesan bermaksud “apa-apa yang timbul daripada sesuatu tindakan, keputusan yang boleh jadi baik atau buruk. Manakala perkataan “akibat” bermaksud kesan yang buruk akibat perbuatan dan tindakan. Oleh yang demikian calon harus memilih konteksnya yang sesuai.
Contoh:
(a) Kesan daripada keletihannya berlatih bola sepak menyebabkannnya terpelecok lalu jatuh.
– Kata akibat lebih sesuai digunakan kerana mempunyai konotasi yang tidak baik.
(b) Sistem lampu isyarat yang baru diperkenalkan itu mengakibatkan perjalanan kereta menjadi tidak lancar.
– kata menyebabkan lebih sesuai untuk menerangkan situasi ini.
Penggunaan Bentuk Jamak
Penggunaan bentuk jamak sering kali disalahgunakan, bukan sahaja dalam situasi lisan tetapi juga dalam tulisan. Kadang kala, bilangan sudah dinyatakan tetapi kata nama masih digandakan untuk menunjukkan maksud jamak.
Salah : Semua peserta-peserta diminta bersiap sedia.
Betul : Semua peserta diminta bersiap sedia.
Salah : Para-para jemputan diminta memakai pakaian kebangsaan.
Betul :  Para jemputan diminta memakai pakaian kebangsaan.
Salah : Semua pelajar-pelajar diminta memakai lencana sekolah.
Betul  : Semua pelajar sekolah diminta memakai lencana sekolah.
Penggunaan Kata Ganti Nama Diri
Penggunaan kata ganti nama diri yang sesuai amat penting apabila kita berkomunikasi dengan lawan tutur. Kita kerap menemui penggunaan kata ganti nama diri yang tidak tepat dengan situasi penggunaan bahasa.
Salah : Serigala itu mati. Ia ditembak oleh pemburu.
Betul : Serigala itu mati. Serigala itu ditembak pemburu.
Salah : Apakah yang mereka tulis?
Betul : Apakah yang ditulis oleh mereka?
Salah : Beliaulah pelajar yang selalu ponteng Kelas Bahasa Melayu.
Betul : Dialah pelajar yang selalu ponteng kelas Bahasa Melayu.
 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s