BAHASA JIWA BANGSA

RENUNG DAN FIKIR

“… sebagai satu negara yang membangun, kita memerlukan satu bahasa kepunyaan sendiri. Jika bahasa kebangsaan tidak diadakan, negara kita akan ketiadaan nyawa”. (Tunku Abdul Rahman)

“…….tinggi atau rendahnya bahasa itu, bukan disebabkan nama bahasa itu, tetapi kerana penuturnya”Bahasa Melayu masih mampu diangkat sebagai wasilah dalam pemerkasaan tamadun tinggi bangsa Malaysia selaras dengan matlamat negara.

KELESTARIAN BAHASA MELAYU

• Harapan untuk melihat bahasa Melayu teguh dan terus bersaing dalam arus glokal dan global memerlukan usaha yang berterusan.
• Usaha secara bersepadu pelbagai pihak untuk maksud tersebut perlu telus agar matlamat yang disasarkan berhasil dengan jayanya.
• Memberikan martabat dan memperkasa bahasa kebangsaan bukan bermakna menolak keperluan bahasa lain.

NILAI SEBENAR BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu bukan sahaja suatu alat komunikasi dan medium untuk mendapatkan ilmu, tetapi terkandung di dalamnya cara berfikir, konsep alam, nilai masyarakat serta ilmu tradisional, agama dan budaya Melayu / Malaysia dan juga jati diri, khususnya yang terjalin dalam semua jenis sastera – lisan dan tulisan. Dengan memberi tempat yang lebih dominan kepada bahasa Inggeris untuk bidang-bidang terdinamik maka kita merampas kemungkinan bahasa kebangsaan kita untuk menjadi bahasa besar dan serba-boleh. Sementara itu kita diingatkan kepada suatu kajian oleh Open University di London yang meramal bahawa dalam 30 tahun bahasa Melayu akan menjadi bahasa keempat terbesar di dunia. Oleh itu menjadi tanggungjawab kitalah dewasa ini untuk memupuk bahasa yang tua lagi indah ini supaya bila sampai pada waktunya bahasa ini sudah benar-benar menjadi bahasa dunia.