Kolej PERMATA pintar Negara

Program Pendidikan Kolej PERMATApintar Negara

Pengenalan

Program Pendidikan PERMATApintar merupakan program khas yang pertama di Malaysia untuk sekumpulan pelajar yang menunjukkan potensi intelek yang tinggi atau dikategorikan sebagai pelajar pintar cerdas akademik. Universiti Kebangsaan Malaysia telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan program pendidikan ini yang akan bermula pada bulan Januari 2011, dengan ambilan pertama seramai 200 orang pelajar tingkatan 4 (16 tahun).

Terdapat beberapa buah institusi pengajian tinggi di luar negara yang telah  mempunyai sekolah pintar cerdas tersendiri. Antaranya di National University of Singapore, di Mahidol University, Thailand, dan di Korea Advance Institute of Science and Technology (KAIST). Justeru, Malaysia juga perlu mempunyai sekolah yang sedemikian supaya pelajar pintar cerdas Malaysia dapat belajar di tanah air sendiri.  Pada ketika ini, ramai pelajar pintar cerdas Malaysia telah dihantar oleh ibu bapa masing-masing  yang berkemampuan untuk belajar di sekolah pintar cerdas di luar negara dan ada diantara mereka yang mendapat tajaan biasiswa dan kewarganegaraan negara berkenaan.

Tujuan Penubuhan

  1. Menyediakan program pendidikan holistik dan suasana pembelajaran kondusif khusus untuk pelajar-pelajar pintar cerdas akademik.
  2. Membangun, menyedia, dan melaksanakan kurikulum pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas akademik yang mempunyai potensi intelek yang tinggi.
  3. Menyediakan pengalaman awal bagi pelajar pintar cerdas untuk belajar di institusi pengajian tinggi sekali gus mendapat bimbingan mentor dari kalangan ahli akdemik.
  4. Mengumpulkan pelajar Malaysia yang berpotensi intelek tinggi untuk diberi peluang kepada mereka mendapatkan pengalaman awal dalam projek penyelidikan bagi membangunkan potensi minda kreatif dan berinovasi dalam kalangan pelajar berkenaan.
  5. Menjadi model pendidikan pintar cerdas yang melibatkan pengintegrasian kurikulum pendidikan menengah dengan suntikan sukatan pelajaran tahap pengajian tinggi.
  6. Mewujudkan satu wadah perkongsian pintar dan usaha sama di antara industri, institusi pengajian tinggi, dan sekolah dalam usaha saling lengkap melengkapi bagi menyediakan suasana pengalaman pembelajaran yang boleh membantu perkembangan holistik pelajar pintar cerdas akademik.

Objektif Penubuhan

Program ini dilaksanakan untuk pelajar-pelajar pintar cerdas yang mempunyai tahap potensi dan kemampuan yang tinggi untuk berfikir secara logik, kritis dan kreatif.

Sehubungan itu, objektif pendidikan Program Pendidikan PERMATApintar adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar  yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  1. Berkemampuan, berkemahiran serta berdaya saing untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  2. Mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam menjana penyelesaian kepada masalah, dan boleh mencetuskan atau mencipta pemikiran-pemikiran baru berhubung ilmu yang dipelajari hasil penelitian yang analitikal dan kritis.
  3. Sihat fizikal, sihat minda, berfikiran positif dan mempamerkan kesedaran kendiri yang matang dan bijaksana.
  4. Mempunyai daya kepimpinan yang cemerlang dan terpuji, bertanggungjawab dan boleh membuat keputusan yang berkesan dengan mengambilkira prinsip-prinsip nilai baik dan beretika.
  5. Menguasai kemahiran bahasa dan komunikasi yang mantap, serta mempunyai sikap yang sesuai untuk terlibat aktif dengan berkesan dalam aktiviti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pemilihan Pelajar ke Program Pendidikan PERMATApintar

Pelajar-pelajar yang akan mengikuti program ini adalah mereka yang telah menduduki ujian-ujian PERMATApintar UKM1 dan UKM2 ketika berusia 15 tahun (tingkatan 3). Mereka yang melepasi tahap-tahap yang ditetapkan bagi pencapaian ujian PERMATApintar UKM1 UKM2  PPCS UKM  UKM3 dan  sesi temubual dan pemerhatian pada Perkhemahan . Selain daripada kemampuan kognitif dan kemampuan menyelesaikan masalah, daya kreativiti dan daya saing pelajar juga akan dinilai dalam pemilihan tersebut.

Program Pendidikan

Para pelajar di akademi ini akan mengikuti program pendidikan yang menyepadukan pembelajaran akademik, ko-kurikulum, pembinaan sahsiah dan nilai murni melalui pengalaman pembelajaran aktif dan bermakna. Suasana serta persekitaran sekolah turut dibangunkan agar menyumbang kepada perkembangan pelajar yang holistik dan menyeluruh.

Pelajar di sini akan mengikuti kurikulum kebangsaan dan pada waktu yang sama diberi peluang untuk mempelajari mata pelajaran lain yang lebih mencabar. Sehubungan itu, setiap pelajar disediakan perancangan pembelajaran khusus sesuai dengan keperluan pembelajarannya. Mereka juga berpeluang mempelajari mata pelajaran yang ditawarkan diperingkat universiti sekiranya dinilai berkemampuan mengikuti pembelajaran tersebut. Pendekatan ini membolehkan para pelajar di sini mengikuti pembelajaran yang lebih mencabar, dan boleh melengkapkan pengajiannya dalam jangka masa yang lebih pendek sekiranya dia seterusnya mendaftar sebagai pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.

5 Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s